Etika Mengai...

Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja / Tidak membuang sampah merata-rata / Sentiasa meningkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot / Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot / Menghormati hak-hak pemancing lain / Menghormati peraturan padang pancing persendirian / Menyebarkan pengetahuan / Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar / Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam / Berusaha membangunkan sukan memancing.

Yooo...jgn lupa 28/02/2009 Sabtu, program mengai d Tuas. Kumpul kat rumah Azrul 3:45am. Bot jam 5:00am. Tenggiri dah mula mengamok....
Sebarang pendapat, cadangan, luahan atau apa pun untuk dikongsi bersama, boleh diemailkam kepada : pimengai@gmail.com Terimakasih.

Thursday, January 22, 2009

Adakah anda Bercita-cita Menubuhkan Kelab Memancing...?

Melalui sudut ini saya sedia membantu dengan memberi tips dalam usaha anda merealisasikan cita-cita anda itu. Marilah kita jadikan aktiviti memancing ini sebagai satu sukan yang memberi faedah kepada semua. Dalam pada itu ingin dimaklumkan sebenarnya satu-satu penubuhan Kelab Memancing tidak semestinya mempunyai ramai ahli, seperti mana yang kita ketahui bila ramai bilangan ahlinya tentu banyaklah karenahnya.

Apalah ertinya kelab yang ramai ahlinya tapi dari segi kutipan kewangan dan membuat satu-satu keputusan sering menemui jalan buntu. Biarpun kita gah pada ramai ahli tapi dari kutipan yuran sering menimbulkan masalah, sedikit demi sedikit pasti ada yang menarik diri jika merasai tidak mendatangkan faedah pada dirinya.

Disinilah yang saya cuba tegaskan, sikap dan semangat kerjasama yang paling penting dalam satu-satu organisasi seperti Kelab Memancing. Dalam pada itu tidak dinafikan bilangan ahli yang sedikit turut menimbulkan masalah terutama dari segi kewangan.

Kita jangan membandingkan dengan Kelab-Kelab Memancing yang Exkulsif kerana mereka ini datang dari golongan profesional atau lebih tepat lagi ‘banyak duit’. Kelab sering berbincang dan bertolak ansur dalam menangani satu-satu masalah dengan jalan perbincangan.

Oleh itu yakin kan diri anda bahwa anda pasti berjaya jika ada usaha bersungguh-sungguh.. Insya-allah.
Perkara utama yang harus dilakukan ialah mencari 3 atau 4 orang rakan-rakan rapat memancing anda yang boleh membantu dan mudah diajak berbincang. Terangkan niat disamping tujuan anda ingin menubuhkan Kelab Memancing.

Rakan-rakan terbaik ialah dikalangan rakan sepejabat, rakan-rakan terdekat didalam taman perumahan anda dan rakan yang banyak membantu aktiviti memancing. Perkara lain yang mesti dibincangkan ialah mengenal pasti mereka-mereka yang ‘layak’ menganggotai Kelab yang akan anda tubuhkan.

Jumlah ahli kebanyakan antara 10 – 50 orang tapi sebagai permulaan carilah tidak melebihi 20 orang. Seterusnya buat surat edaran jemputan atau jemputan ‘mulut’ kepada rakan-rakan yang anda rasa layak dipanggil. Tetapkan tempat mesyuarat dan sediakan sedikit jamuan ringan.

Didalam Mesyuarat Pertama anda lah sepatutnya menjadi Pengerusi tapi jika rasa tidak layak serahkan pada rakan yang pandai berbicara bagi menerangkan tujuan mesyuarat itu diadakan. Seterusnya menerima maklum balas dari rakan-rakan. Setelah mendapat persetujuan semua maka disini akan dibuat perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab pula.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada :-

  1. Penyelaras (Ketua – PRO Kelab)
  2. Setiausaha (Penasihat)
  3. Bendahari
  4. Sekurang-kurangnya 2 orang Ahli JawatanKuasa Bertindak

Perkara seterusnya yang harus dibincangkan ialah:-

  1. Kutipan Yuran Bulanan (Bergantung persetujuan ramai, jika boleh jangan kurang dari RM 5.00)
  2. Menyediakan Undang-Undang Kelab
  3. Hala Tuju Kelab - Matlamat
  4. Logo Kelab – Nama Kelab
  5. Masalah dan perkara-perkara berbangkit.

Turut boleh dibincangkan ialah :-

  1. Kebajikan Ahli Kelab
  2. Bantuan Kewangan berkaitan pembelian peralatan memancing.
  3. Mengadakan Pertandingan Memancing bagi mengisi Tabung Kelab.
  4. Membuat Jualan spt. T-shirt / pen dan lain-lain sebagai memperkenalkan Kelab.
  5. Menyimpan cita-cita memiliki Sampan,Engin dan sebagainya untuk ahli Kelab.
  6. Mencari Penaja.
  7. Perancangan membuat XPDC.

AJK dan ahli-ahli diminta sering bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali buat permulaan bagi membincangkan masalah yang timbul disamping bagi memantapkan Kelab.

Apa yang cuba saya berikan ini adalah lebih kepada Kelab yang penuh kesederhanaan tetapi mempunyai Wawasan. Perkara yang paling penting disini ialah kewangan kerana kewangan juga banyak menentukan jatuh bangunnya satu-satu Kelab itu disamping kerjasama ahli-ahlinya.

Didalam hal ini ahli-ahli harus memberi kerjasama bagi mencapai impian disamping bertolak ansur serta nasihat menasihati.

No comments:

Post a Comment

24/01/2009 Tuas

Cuaca cantik... Ayaq cantik... ikan hauuuu...

06/12/2009 Tuas

Kemaman Takku Duga

Ok...Thankyou