Etika Mengai...

Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja / Tidak membuang sampah merata-rata / Sentiasa meningkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot / Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot / Menghormati hak-hak pemancing lain / Menghormati peraturan padang pancing persendirian / Menyebarkan pengetahuan / Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar / Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam / Berusaha membangunkan sukan memancing.

Yooo...jgn lupa 28/02/2009 Sabtu, program mengai d Tuas. Kumpul kat rumah Azrul 3:45am. Bot jam 5:00am. Tenggiri dah mula mengamok....
Sebarang pendapat, cadangan, luahan atau apa pun untuk dikongsi bersama, boleh diemailkam kepada : pimengai@gmail.com Terimakasih.

Friday, January 23, 2009

Trip TUAS 24 JAN 2009....

Trip sulung untk tahun 2009..nantikan hasilnya akan d update og Atai kita Dzul...

Thursday, January 22, 2009

Mengekal Kesegaran Udang Hidup

Udang hidup adalah salah satu umpan yang popular di kalangan para pemancing terutamanya di sebelah bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Biasa terjadi udang yang diletakkan di dalam bekas polisterin dan dibantu oleh pam udara tidak dapat bertahan lama walaupun kita kerap menukar air di dalam bekas.. terutama ketika cuaca panas terik.

Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika kita mengamalkan langkah-langkah berikut:

Pastikan jumlah udang bersesuaian dengan saiz bekas. Bekas umpan yang biasa (polisterin sederhana) mampu untuk menempatkan kira-kira seratus ekor udang pada satu-satu masa.

Paras air cukup sekadar setengah atau pun 1/3 bekas. Kemudian letakkan beberapa helai 'Daun Baru' yang biasanya banyak tumbuh di tepi pantai.

Selain itu, daun kelapa muda juga boleh digunakan.

Sekiranya umpan terdedah di tempat panas; misalnya di atas bot, letakkan sedikit air batu (sebesar penumbuk) yang dibungkus kemas dengan beg plastik. Pastikan ianya tidak bocor untuk mengelakkan air tawar daripada bercampur di dalam bekas. Gantikan air batu setelah ianya cair.

Gantikan air sekiranya terdapat perubahan kepada air di dalam bekas atau apabila ianya berwarna kemerah-merahan.

Selalulah periksa bekas umpan dan sekiranya ada udang yang telah mati.. keluarkan dengan segera untuk mengelakkan yang lain dari turut mati.

Amalkanlah petua ini. Insyaallah, umpan udang anda akan sentiasa segar dan cergas untuk membolehkan anda mendapat habuan yang lumayan. Chrrrrrreeeeetttt!

Surat Peralatan Persendirian XPDC

Pastikan menggunakan ‘Kepala Surat Berlogo Kelab’

Barangan Persendirian Perlu Dibawa Semasa XPDC

Tandakan ( X ) Untuk Kepastian
  1. Peralatan Memancing Yang Lengkap ( )
  2. Pakaian Secukupnya / Mudah Kering ( )
  3. Stokin Panjang ( )
  4. Kain Pelekat ( )
  5. Uncang Ikan / Udang ( )
  6. Wisel ( )
  7. Lampu Suluh ( )
  8. Ubat Ubatan ( )
  9. Mandian – Tuala, Berus Gigi dll ( )
  10. Jam Tangan ( )
  11. Parang ( )
  12. Baju Hujan ( )
  13. Topi ( )
  14. Rokok bagi yang merokok ( )
  15. Bekas Air & Makanan serta Beg Kecil XPDC ( )
  16. Pinggan,Cawan & Sudu ( )

Surat Pembentangan Kewangan/Perbelanjaan XPDC

Pastikan menggunakan ‘Kepala Surat Berlogo Kelab’
  1. Sewa Sampan 7 buah ( RM 15 X 7 ) : RM 105.00 X 2 hari = RM 210.00
  2. Minyak Van / Kereta (RM 35 X 3) = RM 105.00
  3. Minyak Bot = RM 40.00
  4. Makanan / Peralatan = RM 120.00
  5. Pelbagai (*) = RM 100.00
  6. ======================== RM 575.00 ===========

Wang Pelbagai(*) turut meliputi makan / minum semasa perjalanan dan menampung kekurangan pada perbelanjaan lain. Baki lebih akan dimasukkan kembali ke Akaun Kelab semula. Perbelanjaan diatas tidak termasuk yuran penyertaan Ahli dan Perserta Luar. Kelab hanya mengeluarkan duit tabung sebanyak RM 300.00 sahaja.

Segala pindaan akan dibuat dari masa kesemasa.

Diluluskan Oleh,


_______________

(Bendahari Kelab)

Pekeliling Keputusan Mesyuarat XPDC

Pastikan menggunakan ‘Kepala Surat Berlogo Kelab’


Agenda Menetapkan XPDC

  1. Tempat :
  2. Tarikh :
  3. Masa : Pergi – Balik
  4. Pembentangan Kewangan
  5. Perlantikan AJK
  6. Penyelaras merangkumi tugas Bendahari.
  7. AJK Peralatan (Senarai Barangan)
  8. AJK Pengangkutan/Keselamatan (Jadual Keselamatan)
  9. AJK Makanan (Jadual Memasak)
  10. Yuran (Yuran XPDC hendaklah dikenakan sedikit dari ahli-ahli kerana tidak digalakkan menggunakan 100% dari tabung Kelab. Sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan XPDC).

Tugas Penyelaras/Bendahari

  1. Menentukan bilangan ahli dan bukan ahli yang akan turut serta. Mencari tajaan.
  2. Menerima yuran penyertaan, menjaga kewangan XPDC & tempahan sampan.

Tugas AJK Peralatan

  1. Menyenaraikan barangan perkhemahan seperti: Khemah, Ground Sheet, Belerang dll.

Tugas AJK Makanan

  1. Menyenaraikan bahan memasak untuk 2 hari serta jadual tugas memasak.
    (Menu: sarapan pagi, makan t/hari serta malam)
  2. Antara bahan penting: Berasa, gula, minyak masak. Sardin, kopi dll.
  3. Mempastikan periuk, cerek dan sendok mencukupi untuk memasak.

Tugas AJK Pengangkutan/Keselamatan

  1. Mempastikan kenderaan dan barangan keselamatan XPDC lengkap.
  2. Membuat jadual tugas keselamatan malam mengikut giliran.
  3. Mempastikan semua ahli serta barangan tidak tertinggal atau hilang/rosak.
  4. Mempastikan memberi kerjasama.


Yang Berusaha,

_______________
(Setiausaha Kelab)

Contoh Surat Mohon Tajaan

Pastikan menggunakan ‘Kepala Surat Berlogo Kelab’

Alamat Penaja Tarikh:

…………………………
…………………………
…………………………
…………………………


Asalamualaikum.,

Saudara,

Permohonan Sumbangan XPDC di…………………

Pada(tarikh/bulan/tahun)

Merujuk kepada perkara diatas, besarlah harapan saya dapat kiranya pihak tuan memberi sumbangan bagi menampung perbelanjaan Kelab ini dalam XPDC yang akan diadakan seperti tarikh diatas. Apa juga bentuk sumbangan dari pihak tuan bolehlah di salurkan terus diatas nama ‘BENDAHARI KELAB ........’

Kerjasama serta sumbangan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wasallam.

‘BERKHIDMAT UNTUK KELAB’


Yang benar,


_______________
(Bendahari Kelab)

Contoh Surat Jemputan Mesyuarat

Pastikan menggunakan ‘Kepala Surat Berlogo Kelab’

Kepada:
Semua Ahli-Ahli,
Kelab Memancing ATUR,
Tarikh:

Asalamualaikum w.b.t.,

Saudara,

Mesyuarat XPDC.........

Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan satu mesyuarat akan diadakan seperti dibawah:-

Tarikh:
Masa:
Tempat:

Agenda:

i. Kata-kata Aluan Penyelaras Kelab
ii. Perbincangan XPDC spt. Perlantikan AJK dan Persiapan.
iii. Perkara-perkara berbangkit.

Oleh yang demikian semua ahli dikehendaki menghadirkan diri demi melancarkan mesyuarat.

Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Yang Benar,

________________
(Setiausaha Kelab)

Persediaan Sebelum Memancing

Kebiasaan keperluan utama.
  1. Persiapan - Buatlah persiapan seperti ;peralatan memancing yang lengkap, Engin, Minyak Engin, Sauh serta buat ‘Perambut’ lebih awal.
  2. Jaket Keselamatan - Untuk Keselamatan terutama pada tidak tahu berenang.
  3. Bekalan M/Minum - Mengalas perut ketika memancing.
  4. Rokok - (Bagi yang merokok) menjadi teman setia menanti umpan diragut.
  5. Baju Hujan - Melindungi diri dari hujan.
  6. Baju L/Panjang - Melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.
  7. Topi - Tempat berteduh dari panas dan hujan.
  8. Ubat-Ubatan - Untuk Kecemasan/ jika rasa kurang selesa.
  9. Tali - Perbagai guna termasuk keselamatan.
  10. Pisau/Parang - Banyak kegunaan / Keselamatan
  11. Kain Buruk - Kegunaan perlu jika ingin menarik tali pancing yang tersangkut dan untuk dibuat lap tangan yang kotor dll.
  12. Stokin Panjang - Mengelakkan gigitan serangga spt. Agas & nyumuk serta pancaran terik matahari.
  13. Wisel - Untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak)
  14. Plastik Besar - Tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.
  15. Polystrin/Air Batu - Tempat mengisi hasil tangkapan.
  16. Lampu Suloh, Lampu Ayam & Ubat Nyumuk jika ingin memancing malam.

Persediaan ini perlu diamalkan sebelum turun memancing dan telah menjadi ikutan rakan-rakan memancing yang lain.

Peralatan diatas dirasa amat perlu sewaktu memancing dan ini sedikit sebanyak mengajar ahli-ahlinya tentang kata-kata ‘kalau nak memancing buat lah cara memancing’.

Bila masing-masing mempunyai persediaan sendiri tentunya kita dapat memancing dalam keadaan selesa.

Peralatan diatas akan dikurang/ditambah kiranya pihak kelab mengadakan XPDC didalam hutan selama 3 atau 4 hari termasuk:-

  1. Khemah
  2. Peralatan Memasak yang lengkap.
  3. Barangan Makanan yang ala-kadar kerana kami lebih memetingkan survival semasa berXPDC.
  4. Pakaian yang mudah kering.
  5. Kasut Getah memudahkan perjalanan didalam air.
  6. Kotak Ais Colemen.
  7. Mengikuti Jadual termasuk pengawasan serta memasak.

Peralatan dan persedian diatas lebih kepada kerjasama dan semangat berpasukan.

Adakah anda Bercita-cita Menubuhkan Kelab Memancing...?

Melalui sudut ini saya sedia membantu dengan memberi tips dalam usaha anda merealisasikan cita-cita anda itu. Marilah kita jadikan aktiviti memancing ini sebagai satu sukan yang memberi faedah kepada semua. Dalam pada itu ingin dimaklumkan sebenarnya satu-satu penubuhan Kelab Memancing tidak semestinya mempunyai ramai ahli, seperti mana yang kita ketahui bila ramai bilangan ahlinya tentu banyaklah karenahnya.

Apalah ertinya kelab yang ramai ahlinya tapi dari segi kutipan kewangan dan membuat satu-satu keputusan sering menemui jalan buntu. Biarpun kita gah pada ramai ahli tapi dari kutipan yuran sering menimbulkan masalah, sedikit demi sedikit pasti ada yang menarik diri jika merasai tidak mendatangkan faedah pada dirinya.

Disinilah yang saya cuba tegaskan, sikap dan semangat kerjasama yang paling penting dalam satu-satu organisasi seperti Kelab Memancing. Dalam pada itu tidak dinafikan bilangan ahli yang sedikit turut menimbulkan masalah terutama dari segi kewangan.

Kita jangan membandingkan dengan Kelab-Kelab Memancing yang Exkulsif kerana mereka ini datang dari golongan profesional atau lebih tepat lagi ‘banyak duit’. Kelab sering berbincang dan bertolak ansur dalam menangani satu-satu masalah dengan jalan perbincangan.

Oleh itu yakin kan diri anda bahwa anda pasti berjaya jika ada usaha bersungguh-sungguh.. Insya-allah.
Perkara utama yang harus dilakukan ialah mencari 3 atau 4 orang rakan-rakan rapat memancing anda yang boleh membantu dan mudah diajak berbincang. Terangkan niat disamping tujuan anda ingin menubuhkan Kelab Memancing.

Rakan-rakan terbaik ialah dikalangan rakan sepejabat, rakan-rakan terdekat didalam taman perumahan anda dan rakan yang banyak membantu aktiviti memancing. Perkara lain yang mesti dibincangkan ialah mengenal pasti mereka-mereka yang ‘layak’ menganggotai Kelab yang akan anda tubuhkan.

Jumlah ahli kebanyakan antara 10 – 50 orang tapi sebagai permulaan carilah tidak melebihi 20 orang. Seterusnya buat surat edaran jemputan atau jemputan ‘mulut’ kepada rakan-rakan yang anda rasa layak dipanggil. Tetapkan tempat mesyuarat dan sediakan sedikit jamuan ringan.

Didalam Mesyuarat Pertama anda lah sepatutnya menjadi Pengerusi tapi jika rasa tidak layak serahkan pada rakan yang pandai berbicara bagi menerangkan tujuan mesyuarat itu diadakan. Seterusnya menerima maklum balas dari rakan-rakan. Setelah mendapat persetujuan semua maka disini akan dibuat perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab pula.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada :-

  1. Penyelaras (Ketua – PRO Kelab)
  2. Setiausaha (Penasihat)
  3. Bendahari
  4. Sekurang-kurangnya 2 orang Ahli JawatanKuasa Bertindak

Perkara seterusnya yang harus dibincangkan ialah:-

  1. Kutipan Yuran Bulanan (Bergantung persetujuan ramai, jika boleh jangan kurang dari RM 5.00)
  2. Menyediakan Undang-Undang Kelab
  3. Hala Tuju Kelab - Matlamat
  4. Logo Kelab – Nama Kelab
  5. Masalah dan perkara-perkara berbangkit.

Turut boleh dibincangkan ialah :-

  1. Kebajikan Ahli Kelab
  2. Bantuan Kewangan berkaitan pembelian peralatan memancing.
  3. Mengadakan Pertandingan Memancing bagi mengisi Tabung Kelab.
  4. Membuat Jualan spt. T-shirt / pen dan lain-lain sebagai memperkenalkan Kelab.
  5. Menyimpan cita-cita memiliki Sampan,Engin dan sebagainya untuk ahli Kelab.
  6. Mencari Penaja.
  7. Perancangan membuat XPDC.

AJK dan ahli-ahli diminta sering bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali buat permulaan bagi membincangkan masalah yang timbul disamping bagi memantapkan Kelab.

Apa yang cuba saya berikan ini adalah lebih kepada Kelab yang penuh kesederhanaan tetapi mempunyai Wawasan. Perkara yang paling penting disini ialah kewangan kerana kewangan juga banyak menentukan jatuh bangunnya satu-satu Kelab itu disamping kerjasama ahli-ahlinya.

Didalam hal ini ahli-ahli harus memberi kerjasama bagi mencapai impian disamping bertolak ansur serta nasihat menasihati.

Bagaimana Menjaga Peralatan Memancing...?

Sukan memancing hari ini diceburi oleh semua golongan masyarakat. Yang berpendapatan tinggi ,sederhana dan rendah semuanya ada. Cuma mungkin perbezaan ketara ialah padang pancing dan peralatan yang digunakan.
Peralatan yang mahal tidak semestinya tahan lama kalau tidak ada perjagaan rapi dan yang murah belum tentu cepat rosak kalau pandai menjaganya. Samada memancing di laut atau darat, implikasi masalah tetap sama. Namun memancing air masin lebih tinggi risiko kerosakan dari memancing air tawar.
Kadar oksidasi air masin mempercepatkan tindakbalas yang menghasilkan karat. Disini diberi beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama.
  1. Sewaktu pulang dari aktiviti memancing, luangkan sedikit masa dengan mencuci ataupun melakukan service ringkas untuk semua peralatan yang digunakan semasa memancing. Kekili dan Joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing. Pastikan ‘drag’ dan geledung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki bahagian dalaman kekili. Jangan sama sekali merendam kekili dalam air semasa mencucinya. Selepas mencuci biarkan seketika hingga kering dan lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul. Gunakan WD-40 atau minyak mesin jahit untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Longgarkan ‘drag’ kekili pada tahap minimum serta pisahkan kekili dari joran sebelum menyimpannya ditempat tidak tercapai oleh anak-anak. Pemancing tidak digalakkan menyimpan joran dan kekili didalam bonet kereta terlalu lama kerana bonet yang berhabuk dan berpasir boleh memendekkan hayat kekili dan joran.
  2. Untuk mata kail jangan campurkan yang telah digunakan bersama-sama yang baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail lain terutama mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Jika mata kail kurang tajam gunakan kikir halus atau kertas pasir bagi mengasahnya menjadi tajam semula. Disyorkan gunakan mata kail yang tahan karat kerana ia tahan dan boleh digunakan berulang kali.
  3. Playa adalah salah satu peralatan penting dalam memancing. Jika pulang dari memancing cuci dengan air , lap dan di sembur dengan WD-40 terutama pada bahagian tengah bagi tidak ketat dan lancar pergerakkannya.
    Tali pancing pada geledung perlu diperiksa sebelum turun memancing. Geledung perlu di jirus supaya air masin tidak terkumpul. Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Cara seeloknya luruskan joran dan ketatkan ‘drag’ sedikit dan kemudian tarik tali dengan menggunakan kain. Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili. Ini boleh menyebabkan kekili mudah rosak kerana bahan-bahan ini akan bertindak seperti kertas pasir yang boleh menghakis ‘gear’ dan alas bebola kekili.
  4. Kekili lama yang rosak jangan dibuang kerana ia mungkin ada kegunaan seperti untuk dijadikan ‘spare parts’ kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian untuk kekili.

Ramai pemancing lain mempunyai panduan menjaga peralatan pancing masing-masing supaya tahan lama. Ia nya bergantung kepada pemancing itu sendiri yang menentukan amalan perjagaan peralatan.

Teknik Mengawal Joran

Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang bermain didasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau dicelah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah:-

  • Dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus.
  • Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu.
  • Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia menerima tarikan, acap kali ikan berkenaan akan berhenti buat seketika. Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut dengan melawan tarikannya pula.
  • Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya menewaskannya.

Udang Jintan Berlada

Bahan-bahannya:

  • 1 1/2 kg udang } dibersihkan
  • 6 biji tomato ceri } dipotong kecil
  • 3 tangkai cili hijau } dicincang halus
  • 3 ulas bawang besar } dicincang halus
  • 2 sudu besar cuka
  • gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 3 ulas bawang putih } digiling
  • 8 tangkai cili kering } digiling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi } digiling
  • 1/2 sudu kecil jintan putih } digiling

Cara Menyediakannya:

  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan yang digiling hingga masak selama 10 hingga 15 minit.
  • Kemudian campurkan tomato ceri, bawang dan cili hijau.
  • Masak hingga naik baunya.
  • Masukkan udang dan masak selama lima minit lagi.
  • Campurkan cuka, gula dan garam.
  • Kacau hingga sebati dan biarkan hingga masak.

Kari Ikan Terubuk

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan terubuk
  • 1/2 sudu kecil sawi
  • sedikit daun kari
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 3 ulas bawang merah } dihiris
  • 3 ulas bawang putih } dihiris
  • 2 sudu besar perahan asam jawa
  • 3 biji tomato
  • 2 cawan air
  • minyak secukupnya
  • 10 tangkai cili kering } digiling
  • 1 sudu kecil jintan putih } digiling
  • 2 sudu besar ketumbar } digiling
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit } digiling
  • 1/2 sudu kecil lada hitam } digiling
  • 2 tangkai daun kari } digiling

Cara Menyediakannya:

  • Panaskan minyak
  • Kemudian tumiskan biji sawi, halba, bawang putih, baawng merah dan daun kari selama beberapa minit sehingga naik baunya.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah digiling tadi bersama-sama dengan lebihan daun kari dan air.
  • Masak selama 10 hingga 15 minit sehingga bahan-bahan itu sebati.
  • Kemudian tuangkan perahan asam jawa dan masaklah sehingga naik minyak.
  • Masukkan Sedikit tomato dan ikan.
  • Biarkan selama 10 hingga 15 minit di atas api yang sederhana sebelum dihidangkan.


Mengai Udang Galah

Perkara Utama : Berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan
  1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
  2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
  3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

  1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
  2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
  3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
  4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
  5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

  1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
  2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
  3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
  4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
  5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

  1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
  2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
  3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
  4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.


Panduan

  1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
  2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
  3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
  4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
  5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
  6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
  7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

  1. Pertuturan harus dijaga.
  2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
  3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
  4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
  5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

Menunda

Kerja-kerja menunda bukannya mudah seperti yang disangkakan, bukan sekadar melabuhkan gewang dan tunggu sehingga kekili menjerit. Jarak dan kedudukan gewang serta selamanya harus diambil kira selain sikap sporting pemancing apabila rakan sebelah sedang bertarung.

Dibawah akan dinyatakan beberapa tips bagi mereka yang baru menceburkan diri.Terdapat juga gambarajah yang menunjukkan bagaimana susunan gewang yang dikehendaki untuk mengelakkan ia dari bersimpul dengan tali pemancing di sebelah.

Laraskan dan pastikan sistem tegangan berada dalam keadaan yang baik, jangan terlalu maksimum untuk mengelakkan joran anda patah dan tali anda putus akibat dari 'bebanan' pada gewang.

Jika kekili anda sedang menyalak, pastikan tekong memberhentikan bot untuk memberi peluang kepada anda bertarung.Gunakan joran yang sesuai untuk kerja-kerja menunda serta pastikan gewang anda telah diikat dengan perambut dawai kerana kita tidak tahu spesies yang akan membahamnya.

Kebanyakan mangsa yang menerkam gewang mempunyai gigi yang menggerunkan seperti alu-alu dan tenggiri.
Turunkan gewang dengan serentak semasa menunda dapat mengelakkan ia dari bercium sesama sendiri serta dapat mengagak kedudukan yang dikehendaki.

Sebagai contoh dalam kaedah 1: selesai pemancing pertama melepaskan tali dan berhenti pada kedudukan yang dikehendaki, pemancing kedua di tengah masih lagi melepaskan tali dan berhenti pada kedudukannya.Begitulah seterusnya untuk pemancing yang ketiga.

Sunday, January 11, 2009

...........apabila nak mengankat kail atau nak temgok umpan

Untuk mereka yang pergi memancing kat laut dang bot ka feri ka atau rakit ka atau apa saja. Ketika memancing di atas benda benda sedemikian ingat lah ketika hendak mengangkat pasti kan anda menyentak... kerana ada specis ikan yang hanya mengkebam saj umpan dan apabila kita tarik kail dia melepaskan nya.Jadi sentap adalah yang terbaik.semasa nak cheak umpan atau nak karau tali.

Memancing Biar Berkawan

BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama ada di kolam, tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara begini juga gagal dapat kata sepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satu pihak lain.

Kaitan yang sering dilakukan ialah dengan mengatakan pihak berkenaan menggunakan ilmu hitam, membawa tangkal dan pelbagai tuduhan sebelum turun memancing.

Pernah berlaku satu kumpulan yang menamakan dirinya "Memerang" tidak dapat turun memancing dalam tempuh berbulan lamanya disebabkan bertelagah sesama sendiri.

Apa pun petua terbaik harus diambil kira dengan mengenepikan cara berfikir yang sudah tidak relevan di zaman pembangunan ini, tapi bukan semua cara lama harus dibuang.

Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang nelayan veteran di Pantai Remis, Perak yang masih mengekalkan cara berkumpulan untuk turun memancing, sama ada di sungai atau laut dalam, sekali gus mengamalkan istilah lama "Jalan seorang kita mati - jalan berdua kita berkawan" lantas menolak ilmu hitam yang dipakai rakan pancing menyebabkan rezeki hilang dalam tangan, atau ikan lari ketakutan.

Tafsiran ini salah dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Allah yang menentukan segala apa yang terjadi bukan menggunakan ilmu hitam atau tangkal.

Untuk itu dalam segala hal yang ada hubung kait dengan memancing sama ada di sungai, tasik atau laut cara berkumpulan adalah yang terbaik dan tidak timbul untuk memikirkan pihak tertentu ada memakai ilmu hitam atau menggunakan hantu.

Petua baca selawat dan bismillah sebelum melangkah meninggalkan rumah dan baca selawat berkumpulan sebelum masuk dalam bot, Insya-Allah kita akan beroleh selamat.

Thursday, January 1, 2009

Tuas Kuala Dulang 06/12/2008.

Sehari sebelum pi mengai, puas musing Kuala Muda dan Bajan Ajam cari umpan. Temenung mahai...sekilo RM6.00. Musim temenung tak banyak. Punya la kautim dapat la sekilo RM5.00. Haria 8 kilo.

Pakat punya pakat ada ka Kamal ajak bergerja pukul 12 tengah malam ke Kuala Dulang, Yan. Ambo dah kena dulu bersama Allahyarham Mat Kiaq, kami bergerak jam 10 malam, sampai Kuala Dulang jam 6 pagi, walhal bukannya jauh lebih kurang 80km. Kami menyinggah merata, pantang ada tempat makan yg menarik...singgah. Keputusan ikut kami bergerak jam 4 pagi.

Trip kali ni kami pi dgn bot Abang Cha. Kami tu... Azrul, Kamal, Deen, Sham, Din & ambo.

24/01/2009 Tuas

Cuaca cantik... Ayaq cantik... ikan hauuuu...

06/12/2009 Tuas

Kemaman Takku Duga

Ok...Thankyou